Tuesday 15 April 2014

Derma darah 88 kali - Terengganu - Sinar Harian

Derma darah 88 kali - Terengganu - Sinar Harian




KUALA TERENGGANU – “Saya menderma darah sebanyak 88 kali sejak 1982,
malah badan saya akan berasa kurang selesa jika tidak menderma darah
dalam tempoh tiga bulan atau kurang daripada itu,” kata Hui Chong Foo,
51.

Bapa empat anak itu berkata, menderma darah kini menjadi aktiviti
rutinnya setiap tiga bulan dan ia bermula daripada ajakan teman-teman
supaya menderma darah ketika usia awal 30-an serta dilakukan sehingga ke
hari ini.

“Setiap tiga bulan atau lebih, saya akan menderma darah sama ada ke
hospital atau menyertai mana-mana program anjuran pelbagai pihak. Malah
ada ketikanya, pihak hospital menghubungi saya untuk menambah bekalan
darah.

“Saya bukan sahaja bangga, tetapi turut puas apabila dapat menderma
darah walaupun tidak tahu siapa yang bakal menerimanya,” katanya semasa
ditemui pada kempen Derma Darah anjuran Primula Beach Hotel, di sini.

PETIKAN SINAR HARIAN ONLINE, 14/02/2014

TERIMA KASIH MR. HUI CHONG FOO...!!!~